Khamis, 24 Februari 2011

Definisi Curi Antara Polis dan Orang Awam Berbeza??

     Malam semalam aku temankan adik aku ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan laptop 3 hari sebelum tu. Pencurinya kami dah kenalpasti iaitu rakan sekerjanya yang baru dibuang kerja, kalau tiada suspek aku pun malas nak pergi buat repot.


     Pada hari kejadian, si A (pencuri) ni datang pagi-pagi buta lagi ke asrama pekerja dimana adik aku tinggal dengan alasan nak ambil pakaian dan barangnya yang masih ada kat situ. Namun begitu, semasa dia masuk ke dalam, si A ini terus berbaring dan melelapkan mata. Adik aku pula tak sedar si A ni dah datang ke rumah sebab nyenyak sangat tidur, yang membuka pintu untuk si A ini ialah ketua pekerja yang juga tinggal serumah dengan dengan adik aku ni. Kira-kira jam 6.30 pagi adik aku pun bangun dan bersiap untuk pergi bekerja. Dia juga sempat membangunkan si A ini dan bertanya sama ada dia nak bekerja lagi atau tidak dan menyuruh si A bersiap sekiranya masih mahu bekerja. Namun setiap kali adik aku bertanya si A hanya menjawab 'mmmh' saja. Kesilapan adik aku ialah meletakkan laptop dalam almari yang tidak berkunci, jadi senang-senang la si A ni mengambil laptop tu.

     Petang hari itu selepas habis waktu bekerja adik aku pulang dan mendapati laptop beserta modem broadband telah hilang, lesap bersama si A. Ketika dihubungi si A tidak mengaku telah mengambil barang-barang tersebut, namun setelah dipujuk dan didesak oleh adik aku akhirnya dia mengaku dan bersetuju menghantar semula barang-barang tersebut pada pukul 8 malam di kedai berhampiran tempat tinggal adik aku. Akan tetapi setelah berjam-jam menunggu, batang hidung si A pun tak nampak. Adik aku pulang ke asrama dengan perasaan hampa. Keesokan harinya ketua pekerja adik aku pula yang menghubungi si A ni dengan berjanji bahawa si A ini tidak akan diapa-apakan kerana kemungkinan besar si A ni takut dipukul atau dicederakan. Kali ini dia berjanji akan memulangkan barang tersebut pada sebelah petang namun tidak juga menunaikan janji. Aku fikir si A ni dah lah mencuri, suka lagi memperbodohkan adik aku. Aku sendiri ada menghantar SMS dan memberi dia peluang sehingga jam 6 petang pada hari ketiga selepas kejadian sebelum aku membawa adik aku pergi membuat repot polis. Namun semuanya sia-sia. Lantas aku dan adik aku pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

   Semasa tiba di balai polis tersebut, aku terus bertanya kepada pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan.
    "Tuan, saya nak tanya bagaimana kami boleh buat untuk kes laptop adik saya ni yang dicuri oleh kawan sekerja dia?" tanyaku sedikit tersenyum, almaklumlah pegawai polis kang kita buat muka serius lain pula caranya melayan kita nanti.
    "Dimana kena curi?" tanyanya kembali.
    "Di rumah pekerja tempat mereka tinggal," jawabku.
    "Bila?"
    " 3 hari lepas, 07 Januari 2011" Jawabku lagi.
    " 3 hari lepas? Kenapa tak buat aduan awal-awal?" Nada si pegawai ni mula kurang senang. Aku telan air liur kerana sedikit gentar.
    " Sebab kami nak bagi dia peluang untuk pulangkan barang-barang yang diambil tu, tapi dah 3 hari berlalu jadi kami datang lah sini tengok apa yang boleh kami dan kamu perlu buat" Jawab ku panjang lebar.
    "Macam mana kamu tahu dia yang curi?"tanyanya lagi. Aku dan adik aku pun berganti-ganti menceritakan kejadian itu.
    "Oh itu bukan curi.." akhirnya pegawai itu berkata dihujung cerita kami adik-beradik. Aku mula naik radang semasa dia kata 'itu bukan curi'.
    " Kenapa pula kamu boleh cakap itu bukan curi? orang tu ambil barang tanpa bertanya terlebih dahulu tahu.....? Dan dah 3 hari kami minta balik barang tu, pun dia tak datang pulangkan. Kau kata itu bukan kes curi pula?" Marah ku meluap. Polis tu pandang tajam kat aku. Aku peduli apa, bukan aku buat salah pun. Dah penat2 kita story kes tu, tetiba dia cakap macam tu, naik hangin satu kepala. Aku pun pandang dia tajam2 ler jg. Lepas tu dia tanya lagi bila berlaku dan kenapa tak buat repot awal2. Soalan aku rasa adalah dam 3-4 kali dia tanya. Hingga aku naik bosan nak jawab, last2 aku tanya
    "Engko ni tanya balik2 soalan sama ni, dah takde soalan lain ke? Klau pihak polis tak dapat membantu, never mind.. kami balik je," Kataku sedikit kesal. 
    "tak pe lah , kau berdua gi jumpa Inspektor ..... , tanya dia tang kes ni curi ker tak?" Akhirnya dia mengaku kalah. Aku bukan nak menang, tapi kalau dah kita kecurian barang dengan siapa lagi kita nak mengadu? Bila dia cakap cam tu, aku rasa mcm takde guna kita org datang bt repot.

     Bila kami jumpa Inspektor tu dan cerita semua, akhirnya Inspektor tu suruh buat repot kes curi. Dia juga brtanya siapa nama pegawai polis yang serve kita tadi, tapi aku dah lupa nama pegawai polis tu sebab aku pun bukan tgok tanda nama pegawai tu pon..


Create on 10 Feb 2011. 11.45 pm.



1 ulasan:

Anne Orvile berkata...

Lama dah tulis entri ni tapi lupa nak submit.

Catat Ulasan

Apa komen anda?

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates