Ahad, 20 Februari 2011

Episod Pembunuhan Kejam dan Ganas 2010


Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal sangat hangat diperkatakan sepanjan tahun 2010. Beriku antara episod tragis juga dianggap jenayah paling ngeri dalam sejarah negara

Pembunuhan Sosilawati Lawiya
     ● 30 Ogos 2010 – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham mohammad, 38 ; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim,32, dilaporkan hilang selepas ke Banting Selangor atas urusan pembelian tanah.
     ● 9 dan 10 September 2010 – Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk seorang peguam dan adiknya dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.
     ● 12 September 2010 –  Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati bahawa selepas dibunuh mayat mereka kemudiannya dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.
     ● 15 Oktober 2010 – Dua daripada suspek dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas tusduan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.


Pembunuhan di Gemencheh
     ● 5 Januari 2010 – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya dirumah mereka di Kampung Batang Rokan, Gemencheh,  Negeri Sembilan.  Mayat Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada ditikam, dipenggal atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan par
ang. Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
     ● 7 September 2010 – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.


Penderaan kanak-kanak sehingga mati

     ● 25 Februari 2010 – Kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang dengan kuat. Syafiah Humaira Sahari didera dengan tendangan dan pijakan menggunakan kasut bola oleh
teman lelaki ibunya, Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya.
     ●22 September 2010 – Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
                               ***          ***          ***          ***          ***          ***         ***      


● 4 Mac 2010 – K.Haresvarran, 18 bulan, dipijak hingga menyebabkan tulang rusuknya patah selain hatinya pecah ketika berada di taman permainan di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya. Dia dipercayai didera oleh suami kepada bekas penjaganya yang bekerja sebagai kelindan lori berusia 33 tahun.


Pembunuhan Siti Mazni Abdul Rahman
     ● 17 Disember 2010 – Siti Mazni Abdul Rahman, 14, yang juga pelajar tingkatan dua SMK Tunku Putera, Tongkang pecah, ditemui mati diladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Batu Pahat, Johor. Mayatnya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dan dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum disorok dibawah timbunan daun-daun kelapa sawit di ladang tersebut.
      Siti Mazni dilaporkan hilang dua hari sebelum itu apabila dia tidak pulang selepas memberitahu neneknya bahawa dia berjumpa dengan rakan-rakannya.
     ● 19 Disember 2010 – Lima orang ditahan termasuk empat pelajar berhubung kejadian itu.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Apa komen anda?

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates