Aku ni cuma seorang ibu kepada 3 buah hati pengarang jantung, seorang amoy dan dua orang liang chai. Biarpun mereka ni degil-degil belaka namun tak lah nakal sangat. Syukur pada Tuhan aku dikurniakan anak-anak ini, selepas ni aku takkan berpeluang untuk menimang cahayamata lagi lantaran kedua-dua ovari (kilang telur) aku dah kena buang. First sebab ketumbuhan cysctomy dan kali kedua sebab mengandung di luar rahim.
Tahun 2011 ni amat meninggalkan kesan yang mendalam pada aku. Terutama sekali awal-awal tahun dah berperang dengan maut. Aku harus menjalani pembedahan pada 7 Januari 2011 lepas dan yang kedua adalah sebab perpindahan Fernando Torres dari Liverpool ke Chealsea. Eh apasal melalut pulak ni.. tetiba masuk line bolasepak pula.Nanti-nanti lah dulu,sekarang tengah cerita pasal diri aku laa..
Aku ni sebenarnya minat sangat dunia penulisan. Dulu time kecik-kecik selalu dapat A dalam ujian karangan. Pernah terlintas dalam fikiran nak jadi penulis novel, tapi bila fikir balik rasanya aku tak sampai tahap tu. Kalau setakat karangan budak-budak tu, aku pakarlah. Tapi bab tulis novel ni rasa-rasanya tak larat nak habiskan satu bab pun. Tapi nanti satu hari aku akn cuba buat preview sinopsis untuk follower-follower aku kat sini. Bila dorang rasa story tu menarik, aku akan cuba lah tulis sebuah novel.
Aku ni banyak angan-angan dan cita-cita yang belum tercapai. Tapi tak pe la Tuhan penentu segalanya.. Dulu aku bercita-cita nak jadi lawyer tapi tak kesampaian akhirnya jadi loyer buruk. Aku sekolah sampai juga form 5, tapi 2-3 minggu jer. Lepas tu aku terpaksa berhenti sekolah coz adik keenam aku masuk hospital dan perlu perbelanjaan yang besar. Keluarga aku bukan kategori orang yang miskin sangat, masih cukup-cukup makan juga tapi masa tu betul-betul payah lah aku nak ceritakan. Mak baru bersalin lepas tu adik aku yang kedua dan ketiga lelaki pula dan tinggal kat asrama, yang keempat perempuan tapi baru umur 9 tahun manalah pandai menjaga adik-adikku yang lain yang masih kecil. Bila emak yang masih dalam pantang tu 24 jam kat hospital menjaga adikku yang sakit, manalah boleh bawa baby kat sana. Bapa pula terpaksa juga pergi berkerja, kalau tak..tak makan lah kami nanti. Jadi aku pun terpaksalah berkorban..
Tapi sebenarnya bukan itu saja sebab musabab yang menjadi punca aku berhenti sekolah. Guru kelas aku masa tu juga tak bertimbang rasa.. Bila 2 hari berturut aku tak datang kelas dia terus blacklist kan nama aku. Dia suruh aku jumpa penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk merayu. Aku pergi jumpa juga dan merayu sambil menangis. Penolong kanan tu pula suruh aku merayu pada guru kelas aku, kalau dia nak terima ke tidak,apa boleh buat lah katanya. Aku rasa kan guru kelas dan penolong kanan HEM tu agak melampau dan jahat hati. Sanggup dorang melihat anak murid dorang tak dapat teruskan pelajaran. Aku pun pulang ke rumah dengan dengan seribu kekesalan dan menyumpah serana didalam hati.
Setahun kemudian aku mendapat tahu guru kelas tu dah meninggal semasa melahirkan anak enam bulan selepas aku berhenti sekolah. Aku terkejut mendengar berita itu, teringat sumpah serana yang aku lempiaskan dalam hati. Aku rasa takut dan berdosa tapi aku masih tak dapat maafkan cikgu tu. Tentang penolong kanan HEM tu, aku tak pernah tahu pun khabarnya sampai sekarang.
Hari ini.. aku pasrah dan terima hakikat pasal berhenti sekolah tu. Kalau aku masih belajar pada tahun 2003 tak mungkin aku bertemu dengan suami yang baik hati dan penyayang, dan tak mungkin aku akan mendapat tiga orang cahayamata yang comel-comel (dimata aku la, korang aku tak tau) dan pintar ni.
Tuhan memang adil dan saksama..Syukur..

0 ulasan:
Catat Ulasan
Apa komen anda?