Khamis, 24 Februari 2011

Definisi Curi Antara Polis dan Orang Awam Berbeza??

     Malam semalam aku temankan adik aku ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan laptop 3 hari sebelum tu. Pencurinya kami dah kenalpasti iaitu rakan sekerjanya yang baru dibuang kerja, kalau tiada suspek aku pun malas nak pergi buat repot.


     Pada hari kejadian, si A (pencuri) ni datang pagi-pagi buta lagi ke asrama pekerja dimana adik aku tinggal dengan alasan nak ambil pakaian dan barangnya yang masih ada kat situ. Namun begitu, semasa dia masuk ke dalam, si A ini terus berbaring dan melelapkan mata. Adik aku pula tak sedar si A ni dah datang ke rumah sebab nyenyak sangat tidur, yang membuka pintu untuk si A ini ialah ketua pekerja yang juga tinggal serumah dengan dengan adik aku ni. Kira-kira jam 6.30 pagi adik aku pun bangun dan bersiap untuk pergi bekerja. Dia juga sempat membangunkan si A ini dan bertanya sama ada dia nak bekerja lagi atau tidak dan menyuruh si A bersiap sekiranya masih mahu bekerja. Namun setiap kali adik aku bertanya si A hanya menjawab 'mmmh' saja. Kesilapan adik aku ialah meletakkan laptop dalam almari yang tidak berkunci, jadi senang-senang la si A ni mengambil laptop tu.

     Petang hari itu selepas habis waktu bekerja adik aku pulang dan mendapati laptop beserta modem broadband telah hilang, lesap bersama si A. Ketika dihubungi si A tidak mengaku telah mengambil barang-barang tersebut, namun setelah dipujuk dan didesak oleh adik aku akhirnya dia mengaku dan bersetuju menghantar semula barang-barang tersebut pada pukul 8 malam di kedai berhampiran tempat tinggal adik aku. Akan tetapi setelah berjam-jam menunggu, batang hidung si A pun tak nampak. Adik aku pulang ke asrama dengan perasaan hampa. Keesokan harinya ketua pekerja adik aku pula yang menghubungi si A ni dengan berjanji bahawa si A ini tidak akan diapa-apakan kerana kemungkinan besar si A ni takut dipukul atau dicederakan. Kali ini dia berjanji akan memulangkan barang tersebut pada sebelah petang namun tidak juga menunaikan janji. Aku fikir si A ni dah lah mencuri, suka lagi memperbodohkan adik aku. Aku sendiri ada menghantar SMS dan memberi dia peluang sehingga jam 6 petang pada hari ketiga selepas kejadian sebelum aku membawa adik aku pergi membuat repot polis. Namun semuanya sia-sia. Lantas aku dan adik aku pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

   Semasa tiba di balai polis tersebut, aku terus bertanya kepada pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan.
    "Tuan, saya nak tanya bagaimana kami boleh buat untuk kes laptop adik saya ni yang dicuri oleh kawan sekerja dia?" tanyaku sedikit tersenyum, almaklumlah pegawai polis kang kita buat muka serius lain pula caranya melayan kita nanti.
    "Dimana kena curi?" tanyanya kembali.
    "Di rumah pekerja tempat mereka tinggal," jawabku.
    "Bila?"
    " 3 hari lepas, 07 Januari 2011" Jawabku lagi.
    " 3 hari lepas? Kenapa tak buat aduan awal-awal?" Nada si pegawai ni mula kurang senang. Aku telan air liur kerana sedikit gentar.
    " Sebab kami nak bagi dia peluang untuk pulangkan barang-barang yang diambil tu, tapi dah 3 hari berlalu jadi kami datang lah sini tengok apa yang boleh kami dan kamu perlu buat" Jawab ku panjang lebar.
    "Macam mana kamu tahu dia yang curi?"tanyanya lagi. Aku dan adik aku pun berganti-ganti menceritakan kejadian itu.
    "Oh itu bukan curi.." akhirnya pegawai itu berkata dihujung cerita kami adik-beradik. Aku mula naik radang semasa dia kata 'itu bukan curi'.
    " Kenapa pula kamu boleh cakap itu bukan curi? orang tu ambil barang tanpa bertanya terlebih dahulu tahu.....? Dan dah 3 hari kami minta balik barang tu, pun dia tak datang pulangkan. Kau kata itu bukan kes curi pula?" Marah ku meluap. Polis tu pandang tajam kat aku. Aku peduli apa, bukan aku buat salah pun. Dah penat2 kita story kes tu, tetiba dia cakap macam tu, naik hangin satu kepala. Aku pun pandang dia tajam2 ler jg. Lepas tu dia tanya lagi bila berlaku dan kenapa tak buat repot awal2. Soalan aku rasa adalah dam 3-4 kali dia tanya. Hingga aku naik bosan nak jawab, last2 aku tanya
    "Engko ni tanya balik2 soalan sama ni, dah takde soalan lain ke? Klau pihak polis tak dapat membantu, never mind.. kami balik je," Kataku sedikit kesal. 
    "tak pe lah , kau berdua gi jumpa Inspektor ..... , tanya dia tang kes ni curi ker tak?" Akhirnya dia mengaku kalah. Aku bukan nak menang, tapi kalau dah kita kecurian barang dengan siapa lagi kita nak mengadu? Bila dia cakap cam tu, aku rasa mcm takde guna kita org datang bt repot.

     Bila kami jumpa Inspektor tu dan cerita semua, akhirnya Inspektor tu suruh buat repot kes curi. Dia juga brtanya siapa nama pegawai polis yang serve kita tadi, tapi aku dah lupa nama pegawai polis tu sebab aku pun bukan tgok tanda nama pegawai tu pon..


Create on 10 Feb 2011. 11.45 pm.



Aku, dia & vintage

Apa tue? Aku, dia & vintage? Ni aku tahu dari satu blog oleh Lady Dyla. Satu contest mengedit gambar dianjurkan oleh KomAndTheTypewriter. Tetiba ingin pula mencuba nasib.. yer.. Yang sebenar-benarnya aku bukannya pakar dalam bidang vintage memvintage ni. Tapi bila baca direction dia, aku cecubalah buat cam ni..

                                                         
                                                              Jovan pic (Sebelum)


Jovan pic (Selepas)


                                                                Jaff & Jess (Sebelum)


Jaff & Jess (Selepas)



Me & friend (Sebelum)



                                                                Me & friend (Selepas)




                                                                          Sebelum


Selepas



                       Sebelum                                                                        Selepas



Nak tahu lebih tentang contest ni nah klik sini

Ahad, 20 Februari 2011

Peluang Kedua

Pagi ni aku bangun awal sangat, bukan ada kerja atau ada kerja nak buat pun. Setakat nak tengok dah ok ker tak kereta husband aku yang baru tukar battery semalam. Pagi semalam terpaksa ditolak kereta tu baru adapt hidupkan enjinnya. Mujur ada adik lelaki aku masa tue, kalau tak…aku pun tak tahu la macam maner husband aku nak pergi kerja. Nak harapkan aku tolong tolakkan? Bukan tak boleh bukan juga tak nak, aku baru jer di operated @ bedah 3 minggu lalu. Lagipun apalah sangat tenaga aku sebagai seorang perempuan nie. Nak suruh aku yang hidupkan enjin sementara husband yang tolak kereta tue, hmmm…rase2nyer la, tak terhidupkan enjin kereta tue… Dan pagi nie, bila jer husband aku ambik kunci aku terus meluru ke pintu depan, nyibuk nak tengok kalau2 dah boleh keta tu di’start’ dengan mudah. Syukur pada Tuhan, sekali jer kunci diputar, ia terus berbunyi dan…aku pun tersenyum laa lebar2….


Cakap pasal operate ni, ini kali kedua aku kena. First, kerana sysctomy @ ketumbuhan sebesar 13cm persegi dalam tiub fallopio aku di sebelah kanan. Doktor kata kilang telur (ovari) sebelah kanan tue terpaksa juga dibuang sebab dah dijangkiti dan dah hampir buruk pun. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Duduk sakit, berdiri sakit malah baring pun sakit juga. Pendek kata aku rasa masa tu ajal aku dah sampai, sakitnya bukan main lagi. Baru jer 6 bulan lepas suami aku kemalangan semasa bekerja (terbakar teruk pada bahagian lengan), kini aku lagi yang ditimpah musibah.

Aku ingat lagi hari tu hari ahad, husband aku ni kerja sebagai chef dan hari hujung minggu dia tidak bercuti kerana ramai pelanggan pada hari-hari libur macam ni. Tapi oleh kerana dah tak tahan lagi sakitnya, aku call juga dia suruh balik kira2 pukul 12 tengahari gitu. Anak-anak aku pun belum makan lagi, kesian… anak aku yang sulung masa tu berumur 3 tahun ½ dan yang kedua baru masuk 5 bulan. Aku terharu mengingatkan anak aku yang sulung, dalam masa aku kesakitan bergolek ke kanan dan kiri dia tetap setia disisi aku. Cuba-cuba menyentuh bahagian perut aku yang sakit dan sibuk mencari minyak kayu putih yang biasa aku gosokkan pada perutnya bila dia mengadu sakit perut.

Setibanya husband aku dirumah, dia terus bagi aku makan ubat tahan sakit dan ubat buang angin yang dia singgah beli kat farmasi. Sakit yang aku rasa membuak-buak tadi pun berkurangan sedikit dan beransur hilang. Aku fikir masuk angin je dan dah sembuh coz dah makan ubat, habis tu bila husband aku ajak ke klinik aku kata “tak payah la macam dah ok ni”. Malangnya, dekat2 jam 12 tengahmalam hari tu juga sakit aku datang balik. Aku terus dibawa ke hospital berdekatan iaitu Hospital Queen Elizabeth dimana aku diperiksa pada peringkat awal dan seterusnya di refer ke Hospital Likas (hospital wanita dan kanak-kanak). Doktor memberitahu perihal penyakit aku then suggest to make an operation coz dah takde jalan lain. Oh my God! Operation? Benda yang paling aku tak sangka akan aku jalani. Oh Tuhan selamatkanlah hamba mu ini, doaku dalam hati. Terbayang dimata anak-anak aku yang tak beribu nanti dan apa akan terjadi pada mereka bila dah tak ada penjaga yang menyayangi mereka seperti mana aku menjaga mereka selama ini dengan penuh kasih sayang. Terlintas juga difikiranku, bagaimana husband aku berkahwin semula selepas kematian aku? Baik kah ibu tiri mereka nanti? Oh tidak! Tidak! Aku masih mahu hidup demi anak-anak, aku masih mahu hidup demi mereka. Kalau Tuhan mahu ambil nyawaku tunggulah sehingga mereka boleh mandiri sendiri. Aku terus berdoa pada Tuhan.

13 Oktober 2008 pukul 9.40 pagi aku ditolak ke bilik pembedahan, setiba disana aku dipindahkan ke katil operasi dan diberi suntikan bius mati jadi aku takkan sedar apa akan berlaku nanti. Doktor pakar bedah mengajak aku mengira dalam hati 1 2 3 4 5 6 7 8, aku pun dah tak sedar apa-apa lagi. Semasa dalam keadaan tak sedar itu, aku langsung tak rasa apa2 mahupun mimpi sesuatu. Semuanya kosong dan gelap. Pembedahan berlangsung cuma 2 jam dan pemerhatian selama 4 jam, so aku berada dalam wad pembedahan selama lebih kurang 6 jam dan itu sudah cukup merisaukan suami dan ahli keluargaku yang lain terutama mak dan bapa aku.

Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil berulangkali. Semakin lama semakin jelas dan aku merasa badanku digoncang perlahan. Ketika aku membuka mata, seorang doktor wanita yang masih berpakaian lengkap doktor bedah tersenyum manis. “ Awak boleh bangun dan cuba lawan rasa mengantuk tu, tak boleh tidur terus” katanya. Aku cuba menurut kata-katanya, cuba melawan rasa mengantuk akibat ubat bius tersebut tapi ternyata aku amat letih dan lemah lantas terlelap semula. Dan ketika aku dihantar semula ke wad biasa, aku cuma sedar sedikit saja.

Aku berada dihospital cuma 4 hari saja, aku dibenarkan pulang pada hari ke-3 selepas pembedahan. Wah… aku happy sekali mendengarnya, rindu pada anakku yang kecil kerana husband aku tak bawa dia masa melawat aku. Dirumah aku berehat sepuas-puasnya. Semua kerja rumah adik perempuan aku yang bereskan. Terima kasih Tuhan, Engkau masih memberi ku peluang untuk bersama anak-anakku dan menikmati hidup di bumi yang telah kau ciptakan dengan indahnya.

Ok la.. Lain kali aku sambung lagi. Ni aku nak bersiap nak ambik anak aku kat sekolah tadika ni sekarang dah 6 tahun umurnya kebijakan dan loyar buruk dia makin bertambah-tambah pulak.. bubbye…daa..



Episod Pembunuhan Kejam dan Ganas 2010


Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal sangat hangat diperkatakan sepanjan tahun 2010. Beriku antara episod tragis juga dianggap jenayah paling ngeri dalam sejarah negara

Pembunuhan Sosilawati Lawiya
     ● 30 Ogos 2010 – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham mohammad, 38 ; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim,32, dilaporkan hilang selepas ke Banting Selangor atas urusan pembelian tanah.
     ● 9 dan 10 September 2010 – Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk seorang peguam dan adiknya dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.
     ● 12 September 2010 –  Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati bahawa selepas dibunuh mayat mereka kemudiannya dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.
     ● 15 Oktober 2010 – Dua daripada suspek dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas tusduan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.


Pembunuhan di Gemencheh
     ● 5 Januari 2010 – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya dirumah mereka di Kampung Batang Rokan, Gemencheh,  Negeri Sembilan.  Mayat Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada ditikam, dipenggal atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan par
ang. Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
     ● 7 September 2010 – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.


Penderaan kanak-kanak sehingga mati

     ● 25 Februari 2010 – Kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang dengan kuat. Syafiah Humaira Sahari didera dengan tendangan dan pijakan menggunakan kasut bola oleh
teman lelaki ibunya, Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya.
     ●22 September 2010 – Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
                               ***          ***          ***          ***          ***          ***         ***      


● 4 Mac 2010 – K.Haresvarran, 18 bulan, dipijak hingga menyebabkan tulang rusuknya patah selain hatinya pecah ketika berada di taman permainan di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya. Dia dipercayai didera oleh suami kepada bekas penjaganya yang bekerja sebagai kelindan lori berusia 33 tahun.


Pembunuhan Siti Mazni Abdul Rahman
     ● 17 Disember 2010 – Siti Mazni Abdul Rahman, 14, yang juga pelajar tingkatan dua SMK Tunku Putera, Tongkang pecah, ditemui mati diladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Batu Pahat, Johor. Mayatnya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dan dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum disorok dibawah timbunan daun-daun kelapa sawit di ladang tersebut.
      Siti Mazni dilaporkan hilang dua hari sebelum itu apabila dia tidak pulang selepas memberitahu neneknya bahawa dia berjumpa dengan rakan-rakannya.
     ● 19 Disember 2010 – Lima orang ditahan termasuk empat pelajar berhubung kejadian itu.
 

Selasa, 8 Februari 2011

Ini lah aku...

    Aku ni cuma seorang ibu kepada 3 buah hati pengarang jantung, seorang amoy dan dua orang liang chai. Biarpun mereka ni degil-degil belaka namun tak lah nakal sangat. Syukur pada Tuhan aku dikurniakan anak-anak ini, selepas ni aku takkan berpeluang untuk menimang cahayamata lagi lantaran kedua-dua ovari (kilang telur) aku dah kena buang. First sebab ketumbuhan cysctomy dan kali kedua sebab mengandung di luar rahim.
    Tahun 2011 ni amat meninggalkan kesan yang mendalam pada aku. Terutama sekali awal-awal tahun dah berperang dengan maut. Aku harus menjalani pembedahan pada 7 Januari 2011 lepas dan yang kedua adalah sebab perpindahan Fernando Torres dari Liverpool ke Chealsea. Eh apasal melalut pulak ni.. tetiba masuk line bolasepak pula.Nanti-nanti lah dulu,sekarang tengah cerita pasal diri aku laa..
Aku ni sebenarnya minat sangat dunia penulisan. Dulu time kecik-kecik selalu dapat A dalam ujian karangan. Pernah terlintas dalam fikiran nak jadi penulis novel, tapi bila fikir balik rasanya aku tak sampai tahap tu. Kalau setakat karangan budak-budak tu, aku pakarlah. Tapi bab tulis novel ni rasa-rasanya tak larat nak habiskan satu bab pun. Tapi nanti satu hari aku akn cuba buat preview sinopsis untuk follower-follower aku kat sini. Bila dorang rasa story tu menarik, aku akan cuba lah tulis sebuah novel.
    Aku ni banyak angan-angan dan cita-cita yang belum tercapai. Tapi tak pe la Tuhan penentu segalanya.. Dulu aku bercita-cita nak jadi lawyer tapi tak kesampaian akhirnya jadi loyer buruk. Aku sekolah sampai juga form 5, tapi 2-3 minggu jer. Lepas tu aku terpaksa berhenti sekolah coz adik keenam aku masuk hospital dan perlu perbelanjaan yang besar. Keluarga aku bukan kategori orang yang miskin sangat, masih cukup-cukup makan juga tapi masa tu betul-betul payah lah aku nak ceritakan. Mak baru bersalin lepas tu adik aku yang kedua dan ketiga lelaki pula dan tinggal kat asrama, yang keempat perempuan tapi baru umur 9 tahun manalah pandai menjaga adik-adikku yang lain yang masih kecil. Bila emak yang masih dalam pantang tu 24 jam kat hospital menjaga adikku yang sakit, manalah boleh bawa baby kat sana. Bapa pula terpaksa juga pergi berkerja, kalau tak..tak makan lah kami nanti. Jadi aku pun terpaksalah berkorban..
 Tapi sebenarnya bukan itu saja sebab musabab yang menjadi punca aku berhenti sekolah. Guru kelas aku masa tu juga tak bertimbang rasa.. Bila 2 hari berturut aku tak datang kelas dia terus blacklist kan nama aku. Dia suruh aku jumpa penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk merayu. Aku pergi jumpa juga dan merayu sambil menangis. Penolong kanan tu pula suruh aku merayu pada guru kelas aku, kalau dia nak terima ke tidak,apa boleh buat lah katanya. Aku rasa kan guru kelas dan penolong kanan HEM tu agak melampau dan jahat hati. Sanggup dorang melihat anak murid dorang tak dapat teruskan pelajaran. Aku pun pulang ke rumah dengan dengan seribu kekesalan dan menyumpah serana didalam hati.
Setahun kemudian aku mendapat tahu guru kelas tu dah meninggal semasa melahirkan anak enam bulan selepas aku berhenti sekolah. Aku terkejut mendengar berita itu, teringat sumpah serana yang aku lempiaskan dalam hati. Aku rasa takut dan berdosa tapi aku masih tak dapat maafkan cikgu tu. Tentang penolong kanan HEM tu, aku tak pernah tahu pun khabarnya sampai sekarang.
Hari ini.. aku pasrah dan terima hakikat pasal berhenti sekolah tu. Kalau aku masih belajar pada tahun 2003 tak mungkin aku bertemu dengan suami yang baik hati dan penyayang, dan tak mungkin aku akan mendapat tiga orang cahayamata yang comel-comel (dimata aku la, korang aku tak tau) dan pintar ni.
Tuhan memang adil dan saksama..Syukur..

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates