Ahad, 25 Disember 2011

Bilakah Waktu Wanita Kelihatan Dimata Lelaki?



Wanita tidak perlu berusaha lebih untuk kelihatan seksi dimata lelaki. Dengan seulas senyum dan pandangan mata pun sudah cukup menggetarkan hati lelaki. Jadi lupakan seketika pakaian yang seksi. Untuk menentukan bilakah wanita kelihatan seksi dimata lelaki, pakar telah membuat kajian dan mendapati 5 perkara berikut membuat anda kelihatan seksi.

1. Saat tersenyum dan saling memandang
Menurut kajian di US, saat anda tersenyum sambil memandang mata seorang lelaki adalah dua kali lebih menarik daripada anda memandangnya tanpa senyuman. Pandangan mata penuh erti yang anda sampaikan juga menjadi penyampai yang agak berkesan.


2. Saat menggunakan bahasa tubuh
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikolgi Monica Moore, Ph.D. dari Webster University pada tahun 1985, anda boleh menjadi penggoda yang hebat dengan menggunakan bahasa tubuh (Body language). Misalnya membasahkan bibir atau memutarkan rambut.

3. Saat anda tidak terlalu diet
Lupakan obsesi untuk memiliki tubuh badan yang cantik ala model kerana ternyata lelaki tidak menyukainya. Kajian di University Texas menunjukkan lelaki lebih suka memilih wanita bertubuh sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus.

4. Saat anda sedang subur
Saat anda sedang masa berada di masa subur iaitu saat sel telur keluar (ovulasi), anda akan kelihatan amat seksi di mata lelaki. Bilakah saat tersebut? Biasanya pada pertengahan kitaran haid, sekitar hari ke 11-16 dikira dari tarikh hari pertama haid. Mengapa sel telur boleh mempengaruhi penilaian lelaki? Kajian menunjukkan kadar ekstrogen yang naik sebelum ovulasi menjadikan kulit terlihat lebih kenyal dan berseri.

5. Saat anda adalah wanita yang dia cintai
Semakin lelaki mencintai anda, semakin seksi anda pada pandangan matanya. Kajian menunjukkan, semaki kita kenal, suka dan menghargai seseorang maka semakin menariklah dia secara fizikal.

Jumaat, 2 Disember 2011

10 Penyebab Otak Kita Lemah

Salam untuk semua...
    Ketika membelek-belek sebuah majalah saya terserempak dengan artikel ini. Bila dibaca dan direnung kebenarannya, memang ada betulnya perkara-perkara berikut membuat otak kita lemah

1. Tidak bersarapan
    Apabila anda tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
 
3. Merokok
    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Pengambilan gula berlebihan
    Gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi serta mengganggu perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
    Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan. Pencemaran udara boleh menyebabkan kurangnya oksigen ke otak dan mengganggu keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
    Tidur adalh bagus unruk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
    Tidur dengan menutup muka dengan kain atau sebagainya akan mengakibatkan otak menerima karbon dioksida lebih banyak berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan pada otak.

8. Bekerja semasa kurang sihat
    Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi
    Berfikir adalah satu cara terbaik melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

10. Jarang berfikir
    Jaran berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh meningkatkan kecerdasan otak.

    Benarkah fakta diatas tu? Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak, apa yang pasti apabila saya sendiri  terpraktik mana-mana satu perkara diatas kepala jadi pening dan berat mungkin itu petanda sel-sel  otak saya mati  kot..

Selasa, 22 November 2011

Bah..Bah..

    "Bah.. Bah.. Saya kasi tau mama kau.."
    "Bah, kami jalan dulu,"


    "Bah, habislah..Mana sudah sya simpan handphone sya tadi?"
    "Kurang ajar bah kau ni!"
    "Kau yang salah parking bah!"


    Nampak tak contoh ayat-ayat diatas tu? Bagi orang-orang Sabah macam saya, tidak susah memahami perkataan dan ayat yang mirip-mirip begitu. Kami sudah biasa, biarpun bercakap dengan bangsa-bangsa lain di Sabah, perkataan bah tu pasti disebut berulangkali apalagi jika dalam keadaan marah.

    Bagi orang melayu bah bermaksud banjir atau air pasang, malah dalam kamus pelajaran pun memang ertinya banjir dan air pasang. Namun pada kami di Sabah bah bermaksud ya, baik atau OK, boleh juga digunakan sebagai penyokong ayat atau awalan dan akhiran sesuatu ayat yang dilafazkan. Ketika sesetengah orang Sabah marah atau menceritakan sesuatu yang mencemaskan atau menakutkan, perkataan bah lah yang paling banyak digunakan. Tidak sedap cerita yang dikongsikan kalau tiada bah, dan tidak puas hati melempiaskan kemarahan kalau tiada bah.
 
    Macam saya ni pula, saya gunakan loghat Sabahan semasa bercakap, bahasa melayu baku dan pasar ketika menulis ayat dan perbualan (dalam blog lah), tetapi kadang-kadang ada bahasa campur semasa menulis perbualan. Perkataan bah dah sebati dalam hidup saya ni.Kalau dah sampai mood nak menulis bahasa campur, bahasa rojak pun masuk juga bah. Bak kata orang Sabah "campur-campur", tapi ikut mood lah..     

    Cakap pasal bah (banjir) ni, kawasan tempat tinggal saya ni ditenggelami air separas lutut beberapa hari lalu. Hujan lebat selebatnya bercampur angin ribut hanya dalam dua jam menyebabkan seluruh rumah saya di masuki air sekurang-kurang sekaki. Mujur air yang masuk dihadang oleh pagar papan yang dibina suami untuk mengelakkan anak-anak bebas keluar rumah, kalau tak mungkin air yang masuk bukan sekaki tapi berkaki-kaki hehehe.. Syukurlah semua barang selamat, cuma tilam yang basah kuyup.Dan nasib baik juga hujan 2-3 jam saja, kalau 2-3 hari tak ke hancur?..

Selasa, 14 Jun 2011

Akhirnya Penantian & Kesabaran Hazama Berbaloi

    Saya pernah lihat Hazama buat persembahan dalam konsert terakhir AF4 dulu dan saya rasa dia mungkin akan dapat mengalahkan juaranya pada masa itu jika dia diserapkan dalam 12 pelajar AF4 masa tu. Saya bertanya dalam hati, kenapa orang ini tidak diserap masuk? Jika berbanding dengan pelajar-pelajar AF4 masa tu, dia lebih menonjol bakatnya. Sayangnya dia tidak bertuah ketika itu. Berkat kesabarannya dan sikap tidak putus asa beliau, Hazama akhirnya berjaya membuktikan kemampuannya dalam bidang nyanyian dengan suaranya yang mantap dalam AF9 ini.

    Selepas kecundang di Af4 dulu, Hazama tidak pernah serik untuk mencuba nasib dalam AF. Setiap kali ada ujibakat pasti dia tidak ketinggalan untuk turut serta. Dan kalau anda nak tahu dia pernah ditemubual oleh Jimmy dalam Trek Selebriti ketika sesi ujibakat diadakan dengan pertanyaan ini "Kenapa Hazama masih mahu hadiri ujibakat selepas kecundang dalam AF4, tak ada rasa segan ke,malu ke?". Hazama hanya menjawab,"Buat apa nak malu, saya akan terus cuba dan cuba,"
   Kemungkinan besar kerana telah berjaya tersenarai dalam list bakal pelajar AF, penguji-penguji bakat tidak berani atau tidak mahu memberi Hazama peluang kedua. Nasib Hazama baik kerana kali ini pihak pengurusan AF9 memberikan peluang kepada beliau dan Fina dengan menyingkirkan dua pelajar lain yang kurang menyerlah. Dengan peluang itu Hazama terus berusaha mencapai cita-citanya dan membuktikan kepada kita semua bahawa tidak sia-sia dia menjadi pelajar yang diserap masuk.


Kini dia adalah Juara AF9!
Hazama ataupun nama sebenarnya Hazama Bin Ahmad Azmi sering tampil membuat persembahan bersama Kumpulan Meet Uncle hussein sebelum ini tidak memadai buat Hazama memandangkan beliau hanya vokalis undangan sahaja, Sering membuat persembahan secara ’live’ tidak bermakna baginya selagi beliau tidak mempunyai album sendiri. Kini impiannya telah tercapai.. Semoga Hazama berjaya dalam perjalanan seterusnya.


P/S: Hadiah AF tahun ni agak kurang memuaskan hati, AF dulu-dulu ada rumah, kereta, wang tunai dan pakej percutian belum termasuk hadiah iringan seperti barangan elektrik, kamera dan sebagainya. Tahun ni juara cuma dapat wang tunai RM200 ribu, hamper & wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony handycam bernilai RM3,299 dan trofi je.. tapi boleh lah..

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates