Selasa, 22 November 2011

Bah..Bah..

    "Bah.. Bah.. Saya kasi tau mama kau.."
    "Bah, kami jalan dulu,"


    "Bah, habislah..Mana sudah sya simpan handphone sya tadi?"
    "Kurang ajar bah kau ni!"
    "Kau yang salah parking bah!"


    Nampak tak contoh ayat-ayat diatas tu? Bagi orang-orang Sabah macam saya, tidak susah memahami perkataan dan ayat yang mirip-mirip begitu. Kami sudah biasa, biarpun bercakap dengan bangsa-bangsa lain di Sabah, perkataan bah tu pasti disebut berulangkali apalagi jika dalam keadaan marah.

    Bagi orang melayu bah bermaksud banjir atau air pasang, malah dalam kamus pelajaran pun memang ertinya banjir dan air pasang. Namun pada kami di Sabah bah bermaksud ya, baik atau OK, boleh juga digunakan sebagai penyokong ayat atau awalan dan akhiran sesuatu ayat yang dilafazkan. Ketika sesetengah orang Sabah marah atau menceritakan sesuatu yang mencemaskan atau menakutkan, perkataan bah lah yang paling banyak digunakan. Tidak sedap cerita yang dikongsikan kalau tiada bah, dan tidak puas hati melempiaskan kemarahan kalau tiada bah.
 
    Macam saya ni pula, saya gunakan loghat Sabahan semasa bercakap, bahasa melayu baku dan pasar ketika menulis ayat dan perbualan (dalam blog lah), tetapi kadang-kadang ada bahasa campur semasa menulis perbualan. Perkataan bah dah sebati dalam hidup saya ni.Kalau dah sampai mood nak menulis bahasa campur, bahasa rojak pun masuk juga bah. Bak kata orang Sabah "campur-campur", tapi ikut mood lah..     

    Cakap pasal bah (banjir) ni, kawasan tempat tinggal saya ni ditenggelami air separas lutut beberapa hari lalu. Hujan lebat selebatnya bercampur angin ribut hanya dalam dua jam menyebabkan seluruh rumah saya di masuki air sekurang-kurang sekaki. Mujur air yang masuk dihadang oleh pagar papan yang dibina suami untuk mengelakkan anak-anak bebas keluar rumah, kalau tak mungkin air yang masuk bukan sekaki tapi berkaki-kaki hehehe.. Syukurlah semua barang selamat, cuma tilam yang basah kuyup.Dan nasib baik juga hujan 2-3 jam saja, kalau 2-3 hari tak ke hancur?..

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates