Selasa, 14 Jun 2011

Akhirnya Penantian & Kesabaran Hazama Berbaloi

    Saya pernah lihat Hazama buat persembahan dalam konsert terakhir AF4 dulu dan saya rasa dia mungkin akan dapat mengalahkan juaranya pada masa itu jika dia diserapkan dalam 12 pelajar AF4 masa tu. Saya bertanya dalam hati, kenapa orang ini tidak diserap masuk? Jika berbanding dengan pelajar-pelajar AF4 masa tu, dia lebih menonjol bakatnya. Sayangnya dia tidak bertuah ketika itu. Berkat kesabarannya dan sikap tidak putus asa beliau, Hazama akhirnya berjaya membuktikan kemampuannya dalam bidang nyanyian dengan suaranya yang mantap dalam AF9 ini.

    Selepas kecundang di Af4 dulu, Hazama tidak pernah serik untuk mencuba nasib dalam AF. Setiap kali ada ujibakat pasti dia tidak ketinggalan untuk turut serta. Dan kalau anda nak tahu dia pernah ditemubual oleh Jimmy dalam Trek Selebriti ketika sesi ujibakat diadakan dengan pertanyaan ini "Kenapa Hazama masih mahu hadiri ujibakat selepas kecundang dalam AF4, tak ada rasa segan ke,malu ke?". Hazama hanya menjawab,"Buat apa nak malu, saya akan terus cuba dan cuba,"
   Kemungkinan besar kerana telah berjaya tersenarai dalam list bakal pelajar AF, penguji-penguji bakat tidak berani atau tidak mahu memberi Hazama peluang kedua. Nasib Hazama baik kerana kali ini pihak pengurusan AF9 memberikan peluang kepada beliau dan Fina dengan menyingkirkan dua pelajar lain yang kurang menyerlah. Dengan peluang itu Hazama terus berusaha mencapai cita-citanya dan membuktikan kepada kita semua bahawa tidak sia-sia dia menjadi pelajar yang diserap masuk.


Kini dia adalah Juara AF9!
Hazama ataupun nama sebenarnya Hazama Bin Ahmad Azmi sering tampil membuat persembahan bersama Kumpulan Meet Uncle hussein sebelum ini tidak memadai buat Hazama memandangkan beliau hanya vokalis undangan sahaja, Sering membuat persembahan secara ’live’ tidak bermakna baginya selagi beliau tidak mempunyai album sendiri. Kini impiannya telah tercapai.. Semoga Hazama berjaya dalam perjalanan seterusnya.


P/S: Hadiah AF tahun ni agak kurang memuaskan hati, AF dulu-dulu ada rumah, kereta, wang tunai dan pakej percutian belum termasuk hadiah iringan seperti barangan elektrik, kamera dan sebagainya. Tahun ni juara cuma dapat wang tunai RM200 ribu, hamper & wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony handycam bernilai RM3,299 dan trofi je.. tapi boleh lah..

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates