Sabtu, 1 September 2012

Cara Mudah Hapuskan Virus "Metropolitan Police"

Hai hai hai...
    Salam sejahtera dan selamat beristirehat sambil membaca blog aku yang tak seberapa ni.

    Wah!wah! Dah lama juga agaknya aku menyepi tanpa sekerat ayat pun kat blog aku ni yek. Jikalau bukan kerana komputer kesayangan aku ni diserang virus 'Metropolitan Police", barangkali masih belum tergerak hati nak menguis semula blog yang dah lama aku tinggalkan ni. Huhuhu..

    Kisahnya macam ni, konon-konon aku ni nak meng'update'kanlah Internet Explorer 8 aku sebab tak boleh nak install games kat facebook tu. Dah berapa kali aku try update dari laman web asal Microsoft tu tak juga dapat nak install games. So, aku trylah download dan update dari laman web lain. Alih-alih aku terdownload pula yang ada virus kat dalamnya. Virus ni bukanlah parah sangat macam virus-virus lain pun sebab kita tak perlu anti virus untuk kembalikan kenormalan komputer. Ia lebih kepada hacking kat internet explorer pengguna. Fungsi komputer masih macam biasa cuma bila dah bersambung dengan talian internet, secara automatik skrin komputer jadi macam imej kat bawa ni..


    Didalamnya tertulis dalam bahasa inggeris bahawa alamat IP aku disekat berikutan kononnya ada melayari laman web porno@lucah. Aik! Sejak bila pula aku layari laman web tu, bukan main marah lagi aku. Baru kat dalam tu tertulis lagi daripada polis UK pulak tu. Bila masa pula UK nak masuk campur urusan rakyat Malaysia ni??? Lagilah menggelabah apabila perlu membayar sejumlah 100 Pound Sterling , duit Malaysia dalam 4-5 ratus gitu jika hendak membuka sekatan tersebut, gila!!! Geram nak mampus!!!
 
    Dipendekkan cerita, aku pun search kat Google menggunakan Android handphone aku dengan menaip tajuk Police Central e-crime Unit. Barulah aku tahu rupanya ia sejenis scam dan ada juga yang menulisnya sebagai virus. Aku pun ikut langkah-langkah kat laman web ni Deletevirus untuk mengembalikan komputer seperti sedia kala. Sayangnya ia tak menjadi, atau mungkin aku yang tak pandai melakukan seperti yang ditunjukkan oleh pengarang web tu. Sebagai jalan terakhir, aku cuba restore komputer kepada tarik terakhir yang aku tahu ia masih belum diserang hacker ni. Akhirnya..... Yey! Berjaya! Aku dah buang virus penipu tu dengan hanya restore komputer aku. Tak payah nak susah-susah Regedit semua tu. Yey yey yey yey!!!


   Korang yang masih tak tahu cara nak restore komputer tu, boleh ikut langkah ringkas ni..

1) Restart komputer,

2) ketika ia sedang booting (Skrin hitam dengan satu tanda tolak (-), Tekan F8 berulangkali. Tunggu sebentar sehingga skrin seperti ini kelihatan..



3) Pilih pilih Directory Service Restore Mode (Windows domain controllers only).

4) Tekan butang Restore apabila imej seperti dibawah ini muncul
  

5) Klik tarikh kali terakhir atau tarikh komputer anda di'update' yang anda tahu ia masih dalam keadaan baik..



6) Klik NEXT dan baca amaran yang memberitahu bahawa apa sahaja program yang anda install selepas tarikh yang anda pilih ini akan dibuang secara automatik. Jika anda setuju maka klik Restore dan imej ini akan keluar selepas itu




7) Komputer akan restart secara automatik sebaik sahaja ia selesai restore program kat dalam tu. Selepas itu bolehlah anda menarik nafas lega sebab komputer anda sudah boleh digunakan melayari internet semula.

    Akhir kata selamat mencuba dan semoga berjaya... Kalau cara aku ni tak menjadi, search lagi kat Google. Okey? Trimas.. Sayonara..

Ahad, 5 Februari 2012

3 Langkah Mudah Dapatkan Baucer BR1M Tanpa Menunggu Surat Pemberitahuan


    Ramai yang terpedaya dengan tajuk-tajuk entri blogers yang menyelitkan perkataan 'Semakan Online BR1M'. Mereka ini sebenarnya cuma nak cari trafik untuk blog mereka saja tanpa memikirkan perasaan pelawat yang melawat blog mereka. Sudahnya, pelawat merasa kecewa dan tertipu dan selepas itu pasti berfikir bahawa bloger yang buat entri tu penipu. Apabila sudah berasa begitu, pasti ada yang 'blacklist' kan blog tersebut dan tak ingin berkunjung ke sana lagi.

    Untuk pengetahuan anda, tidak ada cara menyemak keputusan permohonan secara online. Cara paling cepat nak tahu status permohonan ialah dengan menghubungi talian hotline yang disediakan. Namun mereka hanya akan memberitahu sama ada permohonan anda lulus atau gagal saja. Sekiranya anda isteri atau anak si pemohon, anda juga boleh bertanya status permohonan suami atau ayah anda disana.

    Ada tiga langkah mudah saya nak kongsi dengan anda kalau nak cepat dapat/ambil baucar RM500 BR1M tu...

3 Langkah Mudah Dapatkan Baucer RM500 BR1M (untuk yang telah menghantar borang BR1M)

1) Pergi ke kaunter LHDN terdekat (kaunter khas BR1M) atau tempat dimana anda menghantar borang hari tu dan tanya tentang status permohonan anda jangan lupa membawa resit kecil yang diberikan semasa anda menghantar borang BR1M, minta sekali alamat penyerahan baucer dan nombor telefon pejabat serahan tersebut.

2) Hubungi pejabat serahan yang diberikan oleh kerani LHDN tadi dan tanya sama ada baucer untuk penama ini (berikan nama pemohon dan nombor kad pengenalan). Mereka akan memberitahu sama ada baucer anda sudah sampai atau belum.

3) Melangkahlah dengan bergaya ke pejabat tersebut untuk mengambil baucer anda sekiranya baucer anda sudah sampai ke pejabat pihak serahan. Hehehe..

    Serius... Tak perlu tunggu surat, tak perlu nak susah hati surat sampai ke tak, Tak perlu tertipu dengan entri-entri semakan online tu. Pergilah terus ke pejabat LHDN dan tanya mereka. Sudah ramai jiran yang ikut langkah-langkah ni dan sudah ramai juga yang berjaya mendapat baucer mereka tanpa perlu menunggu surat pemberitahuan keputusan permohonan mereka lagi.

    Anda cubalah... Dan semoga berjaya...

Ahad, 29 Januari 2012

Siapa Juara Lagu Ke-26


    Juara Lagu ke-26 telah pun berlangsung semalam bersamaan 29 Januari 2012 pada pukul 9 malam. Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran langsun di TV3 semalam, berikut ialah keputusannya.


    Seperti yang diduga olehku dan ramai lagi, Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz telah merangkul Vokal Terbaik dan pemenang pertama Juara Lagu ke 26 ini. Wow! Hebatnya vokal Hafiz pada malam tersebut. Persembahan yang sangat simple tetapi dengan vokal yang mantap telah berjaya menambat hati 30 orang juri yang mengadili pertandingan ini walaupun mungkin bukan semua juri tersebut. Pakaian Hafiz pada malam tersebut hanyalah sehelai baju T dan seluar panjang sukan persis video klip Awan Nano sebelum ini.





    Tempat kedua disandang oleh 3 Suara dengan lagu Beribu Sesalan. Persembahan mereka juga agak mantap dan hebat. Persembahan Shila Hamza, Ning Baizura dan Jacklyn Victor ini telah berjaya menggondol salah satu daripada tiga tempat teratas.




   Tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Karma.




   
Sementara itu persembahan terbaik diserahkan kepada Alyah dengan persembahan alah-alah patung dalam kotak muzik. Vokal Alyah juga tidak kurang hebatnya namun nasib Hafiz lebih baik pada malam tersebut. Kemunculan hero kisah hati (Remy Ishak) pada penutup persembahan menjadikannya lebih menarik.











     Dalam pertandingan Juara Lagu kali ini, pihak penganjur telah menyediakan satu anugerah khas iaitu Anugerah Juara Mobile Celcom. Anugerah ini dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih berdasarkan lagu yang paling banyak dimuat turun (download0.













Khamis, 5 Januari 2012

Rahsia Ciuman

Hari ini saya nak kongsi sikit tentang rahsia ciuman pula, ini saya baca dari sebuah majalah tentang wanita. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman boleh menggambarkan sikap dalamannya. Para isteri semua, ketahuilah suami anda melalui ciumannya..
1.       Suka cium dahi isteri – Suami yang romantis
2.       Suka cium pipi isteri – Suami yang penyayang
3.       Suka cium mulut isteri – Suami yang gelojoh
4.       Suka cium tengkuk isteri – Suami yang mata keranjang
5.       Suka cium telinga isteri – Suami yang sensitif
6.       Suka cium leher isteri – Suami yang penyabar
7.       Suka cium buah dada isteri – Suami yang suka bermanja
8.       Suka cium tangan isteri – Suami yang hipokrit
9.       Suka cium ketiak isteri – Suami yang menerima isteri seadanya
10.   Suka cium kemaluan isteri – Suami yang pemalu
11.   Suka cium punggung isteri – Suami yang suka bergurau
12.   Suka cium kaki isteri – Suami yang terlalu menghormati isteri
13.   Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – Suami yang mementingkan diri sendiri
14.   Suka cium seluruh badan isteri – Suami yang baru balik dari outstation.. Hehe

p/s; Namun ini hanyalah sekadar andaian, sifat sebenar manusia terletak pada hati nuraninya.

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012!!!

Selamat Tahun Baru semua....



   Yeah! tahun baru dah menjelma dan azam baru kupahatkan dalam hati. Tak boleh nak kongsi dengan orang lain sebab bila dikongsi pasti ada saja yang penghalangnya.. Ye ker??? Nama pun 'azam' maka pasti diciptakan 'halangan' untuknya. Apa pun yang paling utama saya berazam nak kuruskan badan dulu, tahun demi tahun berat badan makin naik, dari 48kg ke 55kg kemudian 60kg dan sepanjang tahun lalu turun naik 65kg-70kg. Wah berat tu...

    Dah bermacam pil dan ubat-ubatan pelangsing saya try semua hampeh. Iklan bagai nak rak,hasil secubit pun tak de. Lupakan semua tu.. Jadi saya cuba tak makan nasi pada waktu malam, memang nampak hasilnya.. Dalam seminggu kurang 5kg. Tapi saya tak tahan kalau tak makan nasi, sebab saya paling suka makan nasi. So... bila masak nasi, saya masak sikit je tiap malam, cukup-cukup untuk mengisi perut anak-anak saja. Saya pula makan bihun sup, tpi letak sikit je bihun tu asal dapat menambah tenaga dan mengurangkan rasa lapar cukup. Itu cerita sebulan lalu. Sekarang berat dah naik balik sebab tak tahan nafsu makan tu. Nampak je makanan sedap, bedal terus tak tengok kiri kanan.

   Bahananya saya tanggung sendiri. Bila tengok kat cermin badan taklah gemuk sangat tapi bila ambil gambar, alamak besarnya body aku. Gambar tu saya delete. Tak sanggup nak tengok lama-lama gambar tu haikh..
Nasib baik suami sayang bukan sebab body atau rupa paras. Kalau dia sayang sebab tu dah lama cabut lari agaknyer.

   Dari kecil memang saya suka makan dan makan dengan banyak sampai tak cukup ruang perut tu..hehe. Tapi dulu tak gemuk pun sebab saya berkerja tolong mak bapa kat kebun dan siapkan kerja rumah. Banyak makan, banyak kerja tak pe, takkan naik berat badan tu. Tapi semenjak dah berkahwin dan beranak-pinak ni, lemak pun ikut juga beranak-pinak dalam badan ni sebab makan tidur jer.

   Jadi tahun 2012 ni azam no.1 saya ialah kurangkan berat badan. Saya takkan beli pil pelangsing lagi, cuma saya perlu kurangkan karbohidrat iaitu nasi dan lebihkan senaman. Ini adalah sebagai hadiah untuk diri sendiri yang dah lama teringin nak bergaya dengan pakaian fesyen terkini. Semenjak saya dah jadi tembam ni pakaian semua macam karung takde fesyen langsung. Kemaruknya nak melaram..

   Jadi untuk semua saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012, murah rezeki, dipanjangkan usia dan semoga azam-azam kalian tercapai. Tahun baru diraihkan,azam diutamakan. Jadikan penghalang kepada azam-azam kita sebagai cabaran. Tak best kalau azam takde cabaran, betul tak???

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates