Ahad, 5 Jun 2011

Lagi Bayi Mati Dalam Jagaan Pengasuh

    Dalam tengah congak-congak nak balik kerja bulan depan, tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita bayi meninggal kerana tersedak susu dalam jagaan pengasuh. Automatik niat nak kerja semula tu terpadam dalam minda, saya jadi fobia pula nak tinggalkan anak-anak kepada jagaan pengasuh atau orang lain. Tambahan pula anak-anak saya yang agak agresif ni boleh memeningkan kepala penjaga. Bukan nak menyalahkan pengasuh tapi saya lebih percaya akan diri sendiri dimana jagaan ibubapa lebih teliti daripada jagaan bukan ibubapa kepada kanak-kanak tersebut.

    Berita yang saya maksudkan ialah mengenai seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi pada 4 Jun 2011. Bayi tersebut Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


ZULAZMI memangku mayat anaknya keluar dari bilik mayat di PPUM, Petaling Jaya semalam.
  
    Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu sedang tidur.

   Begitulah kalau dah ajal, namun jika kita lebih teliti dan berhati-hati akan keselamatan kanak-kanak atau bayi yang kita jaga kemungkinan besar hal-hal seperti ini tidak akan terjadi. Jadi kepada para pengasuh, babysitter atau sesiapa saja yang berkenaan termasuk ibubapa, faktor keselamatan haruslah diutamakan. Jangan sekali-kali tinggalkan kanak-kanak yang sedang minum atau makan bersendirian terutamanya bayi yang minum susu sambil tidur. Paling molek kalau bayi itu dikejutkan terlebih dahulu, usai minum atau makan rehatkan sebentar sebelum didodoikan semula.

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates