Pernah dengar tentang Churpchurp tak? Ia bukan bunyi makanan atau bunyi burung tapi ia bunyi duit berdenting-denting nak keluar dari mesin. Hehe gurau jer..
Walau bagaimana pun Churpchurp memang salah satu saluran yang boleh kita menjana pendapatan sambilan macam Nuffnang juga. Namun begitu Churpchurp ni lebih banyak persamaan dengan Says.my (Youthsays). Perbezaannya cuma Says.my adalah untuk belia beliawanis yang berumur 21 tahun kebawah, umur lebih dari tu masih boleh join tapi banyak aktiviti dan program terhad. Sementara Churpchurp untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas.
Apa yang ada dalam Churpchurp?
Paling popular dalam Churpchurp ialah kongsi kempen iklan ke facebook atau twitter. Setiap klik dapat 20sen hingga 40sen. Kalau anda kongsi 10 kempen dan dapat 10 klik setiap satu kempen tersebut, jumlah pendapatan ialah RM20. Itu contoh jer ya..
Schedule Tweet
jika anda sudah mempunyai akaun Twitter dan mempunyai followers melebihi 25 orang, Churpchurp akan memberi anda Schedule Tweet. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, kita akan diberi bayaran bagi setiap Schedule Tweet yang kita perolehi walaupun iklan yang kita promosikan tidak diklik. Menurut pemerhatian Irfanz salah seorang blogger yang aku suka baca blognya, jika kita mempunyai 25 followers kita akan mendapat lebih kurang 10sen (contohnya) bagi setiap Schedule Tweet yang dipostkan. Begitu juga jika kita mempunyai 50 follower. Kita akan memperoleh lebih kurang 22 sen bagi setiap Schedule Tweet. Bagaimana jikalau kita mempuyai 1000 followers?? Sudah tentu lagi banyak yang kita peroleh hanya membuat Schedule Tweet sahaja. Ini belum termasuk iklan yang diklik.
Ini membuktikan Twitter memainkan peranan yang penting dalam menjana pendapatan dari ChurpChurp
Macam mana nak dapat Schedule Tweet?
Mula-mula pergi ke Setting atau dalam bahasa melayu Tetapan, kemudian pilih Step 5 dan update lah apa-apa yang patut. Kalau nak dapat banyak Schedule Tweet, ubahsuai kadar Schedule Tweet pada 'Tiada had' kemudian klik hantar atau send.