Rabu, 30 Mac 2011

ChurpChurp!!! Bunyi duit berdenting-denting nak keluar dari mesin

Pernah dengar tentang Churpchurp tak? Ia bukan bunyi makanan atau bunyi burung tapi ia bunyi duit berdenting-denting nak keluar dari mesin. Hehe gurau jer..


Walau bagaimana pun Churpchurp memang salah satu saluran yang boleh kita menjana pendapatan sambilan macam Nuffnang juga. Namun begitu Churpchurp ni lebih banyak persamaan dengan Says.my (Youthsays). Perbezaannya cuma Says.my adalah untuk belia beliawanis yang berumur 21 tahun kebawah, umur lebih dari tu masih boleh join tapi banyak aktiviti dan program terhad. Sementara Churpchurp untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas.

Apa yang ada dalam Churpchurp?
Paling popular dalam Churpchurp ialah kongsi kempen iklan ke facebook atau twitter. Setiap klik  dapat 20sen hingga 40sen. Kalau anda kongsi 10 kempen dan dapat 10 klik setiap satu kempen tersebut, jumlah pendapatan ialah RM20. Itu contoh jer ya..

Schedule Tweet
jika anda sudah mempunyai akaun Twitter dan mempunyai followers melebihi 25 orang, Churpchurp akan memberi anda Schedule Tweet. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, kita akan diberi bayaran bagi setiap Schedule Tweet yang kita perolehi walaupun iklan yang kita promosikan tidak diklik. Menurut pemerhatian Irfanz salah seorang blogger yang aku suka baca blognya, jika kita mempunyai 25 followers kita akan mendapat lebih kurang 10sen (contohnya) bagi setiap Schedule Tweet yang dipostkan. Begitu juga jika kita mempunyai 50 follower. Kita akan memperoleh lebih kurang 22 sen bagi setiap Schedule Tweet. Bagaimana jikalau kita mempuyai 1000 followers?? Sudah tentu lagi banyak yang kita peroleh hanya membuat Schedule Tweet sahaja. Ini belum termasuk iklan yang diklik.

Ini membuktikan Twitter memainkan peranan yang penting dalam menjana pendapatan dari ChurpChurp 

Macam mana nak dapat Schedule Tweet?
Mula-mula pergi ke Setting atau dalam bahasa melayu Tetapan, kemudian pilih Step 5 dan update lah apa-apa yang patut. Kalau nak dapat banyak Schedule Tweet, ubahsuai kadar Schedule Tweet pada 'Tiada had' kemudian klik hantar atau send.

Ahad, 27 Mac 2011

Kisah Artis Luar Negara

Justin Bieber dan Kumpulan yang sangat terkenal di Irish U2 buat album untuk mangsa bencana di Jepun

Christina Aguilera dan Matt Rutler ditangkap polis


Kekasih Lady Gaga Tersohor

Jumaat, 25 Mac 2011

Rakaman CCTV kematian misteri budak perempuan

Rakaman  ini membuatkan aku celik dan sedar betapa pentingnya keselamatan anak-anak. Sebagai ibubapa kita tidak seharusnya memandang ringan akan hal ini. Pastikan anak-anak sentiasa bersama kita atau penjaganya dan jangan sekali-kali membiarkan mereka bermain sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.

Selasa, 15 Mac 2011

Artis Dari Malaysia Terlibat Bencana Tsunami di Jepun!

Terkejut tak dengan tajuk post ni?
Sebenarnya bukan apa-apa pun just nak buat kecoh sikit.. hehe..
Tapi memang benar ye.. Ada seorang artis dari Malaysia yang mencipta nama di Jepun sebagai penyanyi terlibat dalam gempa bumi di Shibuya, Chosu. Nasib baik tsunami tak sampai ke situ.
Beliau ialah Muhammad Aizuddin Anwar berusia 28 tahun dan lebih dikenali disana sebagai Aizdean. Sebenarnya dia sedang menaiki transit menuju ke Shinigawa atas urusan kerja. Sempat juga dia menghubungi keluarga selepas terselamat dari gempa bumi tersebut sebelum talian terputus secara automatik. Selepas selesai urusannya dia kemudiannya tidak dapat pulang ke rumahnya kerana perkhidmatan awam lumpuh. Terpaksalah dia bermalam di lobi hotel bersama ratusan lagi mereka yang terkandas.
    Aizdean yang fasih berbahasa Jepun, membolosi pasaran muzik Jepun apabila syarikat rakaman disana, Hudson Music Entertainment berminat menerbitkan album sulungnya selepas dua singlenya, I Need You Baby dan Don't Go Away mendapat sambutan hangat di negara itu.

Preview song of Aizdean

Ahad, 13 Mac 2011

Tsunami Yang Melanda Jepun

Seram sejuk menonton video klip tsunami di Jepun yang berlaku Jumaat lepas bersamaan 11 Mac 2011. Sedih dan sebak melihat kejadian ini. Dapat aku bayang perasaan insan-insan malang disana yang kehilangan ahli keluarga dan insan tersayang merekaSyukur pada Tuhan kita masih selamat dibumi ini dan dijauhkan dari segala malapetaka yang sering melanda negara-negara lain. Mudah-mudahan kita terus dirahmati.

Berikut beberapa klip dan gambar-gambar terbaru bencana itu..

 



Menyayat hati dan kasihan kan...

Khamis, 3 Mac 2011

Peraduan Susun Gambar 'Sliding Puzzle' dan Peraduan

    Aku dah buat survey dalam beberapa blog daripada blogger-blogger terkenal dan otai, dan aku dapati kebanyakan blogger mengadakan contest untuk menambah bilangan follower @ pengikut dan pembaca setia dalam blog dorang. Setelah berfikir panjang dan menghitung congak kan aku punyer budget, maka dengan ini aku dengan sukacitanya ingin mengadakan contest ni. Don't worry, aku takkan tipu punyer dan hadiah akan aku kirimkan bila sampai waktunya iaitu 3-7 hari selepas selepas pengumuman pemenang.


    Aku fikir nak buat 2 kategori la..
1. Peraduan Susun Gambar (Sliding Puzzle)
2. Peraduan Follower Paling Setia (klik tajuk entry kat topic tu) Dibatalkan


*Peraduan Susun Gambar (Sliding Puzzle)


Untuk menyertai peraduan ni korang kena ikut step-step kat bawah nie..


1. Follow blog ini - Sudah tentulah korang perlu jadi follower blog aku yang kategori mix story and bahasa lambuk @ campur @ kucar-kacir ni.


2. Susun gambar kat bawah hingga selesai, cara nak susun cuma perlu klik mana-mana potongan gambar yang bersebelahan dengan tempat kosong tak perlu heret tetikus (boleh main sebanyak mana korang nak).


3. Selepas selesai menyusun gambar klik View Your Certyficate, anda akan dibawa ke satu laman web yang memberitahu jumlah mata, pergerakan dan juga masa permainan. Disana juga anda akan nampak Share my certificate, klik Share link kemudian pilih email. Isi borang yang terpapar tu macam kat bawah ni..

To: myperaduan@gmail.com (email untuk peraduan ni,yang dalam kurungan ni tak payah la korang taip juga yer)
From: Alamat email anda
Message: Skor

Kemudian klik butang Send.



Nak tahu kenapa perlu buat step 3 ni? Coz aku takkan tahu berapa skor dan masa yang korang ambil dalam permainan ni kalau korang tak send skor tu kat email aku. So... kalau banyak mana korang main game ni pun takde maknanya kalau step 3 ni diabaikan. Jadi pastikan korang buat semua step yer..




4. Buat satu entry/tulis tentang contest ni dalam blog anda, ringkas pun boleh asal padat. 


5. Copy html code banner peraduan kat bawah dan masukkan kedalam blog korang kemudian tagkan sekurang-kurangnye 5 friend korang. Lagi banyak lagi bagus.


html code banner




Tak susah pun step-step ni...

Syarat peraduan
*Anda kena ada email google, kalau belum ada sila daftar disini.(Email ni penting untuk jadi follower)
*Anda kena ada blog sendiri, lama atau baru tak kisah yang penting ada.
*Game ni anda boleh main banyak kali yang penting step 3 tu kena buat selepas dapat skor.
*Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil untuk selesikan game tu. Siapa yang paling cepat selesaikan game tu dialah yang menang. Sekiranya terdapat masa permainan yang sama antara peserta jumlah pergerakan/move akan diambil kira.
*Pemenang akan diumumkan melalui blog ini dan akan diinform melalui email pemenang tersebut juga.
*Pemenang yang dipilih perlu beri respon dalam masa 7 hari,kalau takde respon dalam masa tu pemenang lain akan dipilih semula.
*Tarikh tutup 31 Mei 2011  01 Mei 2011



Play now!.. Main lah banyak mana korang nak..



1st winner dapat RM50
2nd winner dapat RM30
3rd winner dapat RM 20


Saguhati top up RM5 x 5 orang..


Itu je lah yang dapat aku budgetkan untuk contest ni, kalau nak lebih tunggu tahun depan la yek..

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates