Khamis, 14 April 2011

Guru Agama Pukul Murid Sampai Mati

KANGAR: Guru agama, Hanif Mohd Ali, 26, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di asrama putra Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi dekat sini, pada 31 Mac lalu.


                                 HANIF dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

Hanif yang juga warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu dalam bilik warden asrama putra sekolah agama milik persendirian berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam.


Alahai... Ibubapa hantar anak-anak ke sekolah untuk menuntut ilmu bukan bukan untuk dipukul sehingga mati. Rotan tapak tangan, rotan punggung tu biasalah, dah memadai.

Belum habis kisah guru rogol pelajar, timbul lagi kes ni. Dimana perikemanusiaan guru agama ini sehingga melakukan perbuatan yang yang tak masuk akal bagi seorang guru tambahan pula dia seorang guru agama. Tiada alasan munasabah apabila seorang guru memcelakakan anak muridnya.

Saya juga seorang ibu dan saya faham perasaan ibu kepada anak-anak yang didera oleh orang lain. Tambahan pula sehingga menyebabkan kematian. GERAMnya..Mungkin wanita lain boleh bersabar, tapi saya tidak.. biar pun natijahnya saya akan ditangkap polis, saya pasti akan pukul balik orang yang menyebabkan kematian itu atau saya akan memohon untuk mahkamah menjatuhkan hukuman sebat 100 kali sekaligus sebelum dia dihukum gantung. Boleh ke?

Minta dijauhkanlah malapetaka seperti ini daripada saya dan keluarga dan juga dijauhkan daripada kalian semua. Amin...

Jangan tengok je, komen la sikit...

Template by:

Free Blog Templates